PAS harap Majlis Perbandaran Bentong kekal pengiktirafan

- Advertisement -

BENTONG: PAS Kawasan Bentong menyifatkan kedudukan Top 10 Majlis Perbandaran Bentong (MPB) atas 100 peratus pencapaian cemerlang e-Rating diperolehinya adalah sesuatu yang membanggakan.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Bentong, Khairudin Abdullah berharap prestasi ini kekal atau lebih baik pada masa masa akan datang serta merakamkan penghargaan tahniah kepada seluruh warga kerja (MPB).

“PAS Kawasan Bentong dimaklumkan bahawa kecemerlangan ini dinilai melalui kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh petugas-petugas kaunter serta maklum balas secara elektronik dan berpusat.

“Ini menunjukkan satu pengiktirafan dan bukti bahawa warga MPB sentiasa komited dan menyelesaikan setiap masalah pelanggan dalam tempoh masa yang praktikal,” ujar bekas guru yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Din’ itu.

Pencapaian cemerlang e-Rating bagi Mei hingga September 2020 dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri itu diumumkan kelmarin.

Turut berada senarai itu adalah Jabatan Imigresen Malaysia, UTC Pudu dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Rembau serta MAMPU Sabah dan Sarawak termasuk Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kuching dan Ipoh.

Juga pejabat Kebajikan Masyarakat Port Dickson dan Kuala Pilah serta Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. – HARAKAHDAILY 21/11/2020

- Advertisement -