HTF antara agensi terbaik di Malaysia

- Advertisement -

ARAU: PAS Perlis merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana menerima pengiktirafan sebagai 10 agensi terbaik kerajaan di Malaysia.

Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli berkata, pengiktirafan tersebut menjadi kebanggaan seluruh rakyat Perlis memandangkan HTF diibaratkan sebagai ‘denyut dan nadi’ rakyat negeri itu.

- Advertisement -

“PAS Perlis ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan HTF serta seluruh warganya atas perkhidmatan cemerlang sehingga membolehkan mendapat pengiktirafan antara 10 agensi terbaik kerajaan di negara ini.

“Pengiktirafan berkenaan dibuat berdasarkan kepada skor 100 peratus pencapaian cemerlang menerusi sistem penilaian pelanggan (eRating) bagi bulan Mei hingga September tahun ini.

“Kejayaan ini menjadi bukti hospital awam seperti HTF juga mampu menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat,” katanya di sini hari ini.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) semalam mengeluarkan senarai 10 agensi kerajaan paling cemerlang di Malaysia berdasarkan kepada skor eRating bagi Mei hingga September 2020. – HARAKAHDAILY 21/11/2020

- Advertisement -