Warga emas di Terengganu dapat pencen

- Advertisement -

MARANG: Kerajaan Terengganu meluluskan pemberian wang pencen sebanyak RM50 sebulan kepada warga emas yang layak serta cukup syaratnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pemberian wang pencen kepada warga emas bagi melengkapkan janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

Menurutnya, borang permohonan skim Pencen Rakyat Warga Emas itu diedarkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

- Advertisement -

“Penerima akan ditentukan melalui analisa data yang ada di pejabat daerah. Bakal penerima pencen dipastikan bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Perkeso dan penerima pencen sedia ada.

“Skim ini hanya dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada sumber pendapatan tetap lain,” ujarnya selepas penyerahan sumbangan mereka yang dikuarantin di Pusat Kuarantin Covid-19, Akademi Bomba dan Penyelamat di Wakaf Tapai, Marang semalam. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -