Siapakah orang yang paling kaya?

PASTI ramai yang akan mengatakan Jeff Bezos, Bill Gates, Elok Musk dan sebagainya tetapi Nabi S.A.W mengatakan manusia yang paling kaya adalah;

Advertisement

“Barangsiapa di antara kalian mendapatkan rasa aman di rumahnya (pada diri, keluarga dan masyarakatnya), diberikan kesihatan badan, dan memiliki makanan pada hari itu di rumahnya, maka seakan-akan dunia telah terkumpul pada dirinya.”

[Hadis Riwayat Tirmidzi]

Nak lebih beruntung? Nah, itu sabda Baginda S.A.W sekali lagi;

“Sungguh telah beruntung orang yang memeluk Islam, dikurniakan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya bersifat qanaah (merasa cukup) atas nikmat yang diberikan-Nya kepadanya.”

[Hadis Riwayat Muslim]

Kenapa orang Islam beruntung andai memiliki sifat begitu tetapi tidak orang kafir yang mungkin juga memiliki sifat itu?

Ini kerana orang kafir amalannya sia-sia dan tidak mendapat ganjaran di akhirat kerana mereka menyekutukan Allah S.W.T. Menurut Islam, mereka menyembah tuhan-tuhan palsu yang diciptakan bukannya menyembah Tuhan sebenar: 

“Sesungguhnya orang-orang kafir, baik harta mahupun anak-anak mereka sama sekali tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikit pun. Dan mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya. Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini adalah seperti perumpamaan angin yang mengandungi angin yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merosakkannya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.”

[Ali-‘Imran: 116-117]

Beruntunglah kita. Alhamdulilah.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 20/11/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.