MB harap rakyat Terengganu terus patuhi SOP

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Terengganu antara negeri-negeri yang ditarik balik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Melaka, Kedah kecuali daerah Kulim dan di Johor kecuali daerah Kota Tinggi dan Mersing, bermula esok (Ahad).

Sehubungan itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, semoga keputusan itu terbaik untuk semua dan berharap agar rakyat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

- Advertisement -

“Alhamdulillah, terima kasih (kepada) YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Keselamatan Negara kerana mempertimbangkan permintaan rakyat Terengganu.

“Semoga (keputusan) yang terbaik ini untuk semua. Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan,” ujar dalam satu kenyataan pada Facebooknya.

Pada 18 November lalu, Dato’ Seri Dr Samsuri memohon kepada Perdana Menteri agar PKPB dapat ditamatkan lebih awal di Terengganu dari jadual asal dalam Mesyuarat MKN secara atas talian yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin dari pejabatnya.

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, Majlis Keselamatan Negara bersetuju untuk menarik balik PKPB di empat negeri. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -