Lebih baik wujudkan sistem mata wang baru

Daripada cetak banyak mata wang

CETAK banyak mata wang ini kena tengok pelbagai sudut. Inflasi hanya akan berlaku bila demand melebihi supply. Malaysia bahkan dunia hari ini menghadapi masalah demand, bukan supply. Barang jualan tak laku. Oversupply dah. Kita panggil kemelesetan. 

Memang jadi adat sistem fiat money, bila meleset, kena cetak wang dalam circulation. Biar demand naik sehingga seimbang dengan supply. Tak cadang pun, Bank Negara dah faham regulation ini. Kemelesetan kita tak nak. Inflasi pun kita tak nak. Kita nak seimbang.

Tapi cetak atau tak, ia tetap dalam sistem fiat money. Dengan demand petroleum yang rendah sekarang, permintaan Dollar akan jadi rendah juga. Petrodollar akan terancam. Permintaan mata wang yang diikat dengan Dollar juga akan terancam. Kepercayaan manusia terhadap fiat money akan terhakis. Akan berlaku krisis mata wang juga akhirnya.

Advertisement

Jalan nak selesai kena wujudkan sistem ekonomi baru. Kembali sandarkan mata wang kepada emas, bukan lagi sistem Petrodollar. Resolusi KL Summit hari itu dan cantik. Kenapa tak kemukakan kembali? Ke sekadar retorik untuk mileage politik?

Sementara US masih kalut nak restore balik peranan mereka di peringkat global, masa ini lah kita nak bertindak. Negara anggota RCEP boleh fikir untuk wujudkan mata wang khusus yang tak terikat dengan Dollar. Ikat dengan emas.

Bila boleh kembali kepada emas, secara berperingkat semua sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba ini boleh diganti. Bank dan syarikat kewangan bukan lagi jana keuntungan dengan pinjaman, tapi pelaburan.

Tiada lagi kuasa boleh kawal ekonomi melalui mata wang. Mana-mana negara lebih bebas merancang ekonomi dengan peluang yang sama. Siapa ada banyak emas, dia boleh cetak banyak. Nak emas banyak, cipta peluang pelaburan banyak. Idealistik? Bukan. Cuma kembali kepada prinsip.

ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 20/11/2020