Internet percuma di Pusat Kuarantin Marang

- Advertisement -

MARANG: Kerajaan Terengganu akan menyediakan kemudahan internet percuma di Pusat Kuarantin, Akademi Bomba dan Penyelamat (Bomba) Malaysia di Wakaf Tapai, Marang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pemasangan internet percuma di pusat kuarantin itu membabitkan kos sebanyak RM5,000.

Menurutnya, penyediaan internet percuma itu bagi memudahkan individu dikuarantin mendapatkan informasi semasa dengan lebih mudah.

- Advertisement -

“Pada masa yang sama ia juga dapat menghilangkan rasa bosan dan tekanan sepanjang berada di pusat kuarantin.

“Saya berharap seramai 160 individu yang masih berada di pusat kuarantin ini dapat bersabar. Mereka merindui ahli keluarga terutama yang mempunyai anak kecil,” ujarnya selepas menyerah sumbangan kepada individu di bawah pengawasan di Pusat Kuarantin, Wakaf Tapai, Marang kelmarin. – HARAKAHDAILY 20/11/2020

- Advertisement -