Tahfiz Mandarin melebar sayap ke Utara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akademi Tahfiz Mandarin Antarabangsa atau International Mandarin Tahfiz Academy (IMTAC) kini melebarkan sayapnya ke utara tanah air di Kulim, Kedah.

Menurut Pengetuanya, Ustaz Mohammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China (UMC) IMTAC merupakan cawangan ketiga sejak penubuhan Akademi Tahfiz Mandarin pada tahun 2016 di Pulau Ketam, Klang dan Batu Caves, Selangor pada 2018.

Katanya, matlamat IMTAC adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sekadar boleh menghafal al-Quran malah menguasai bahasa Mandarin yang menjadi bahasa rasmi kaum Tionghoa di dunia.

Untuk maklumat, antara syarat kemasukan ke IMTAC, pemohon mestilah mempunyai asas Bahasa Mandarin Komunikasi dan Penulisan.

- Advertisement -

Pelajar Melayu lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau (SJKC) atau Pelajar Cina Muslim dialu-alukan untuk menyertai IMTAC yang kini dibuka pendaftarannya secara atas talian melalui Google Form sehingga 14 Disember tahun ini.

Sebarang pertanyaan mengenai IMTAC boleh terus hubungi Pengasas dan Pengetua IMTAC, Ustaz Mohammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China (UMC) di talian +6019-646 7811, +6019-385 9100, +6013-431 9717, atau +6011-53119717.

IMTAC juga amat mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk infaq, zakat, waqaf dan lain-lain bagi tujuan Dana Pembangunan dan Pengurusan IMTAC.

Kerja-kerja membaik pulih serta menaik taraf IMTAC Kulim sedang berjalan

Setakat rekod sedia ada, IMTAC memerlukan RM60,000 hingga ke RM70,000 untuk menampung kos kemasukan ke bangunan IMTAC di Kulim yang mana memerlukan kepada pengubahsuaian bangunan serta kelengkapan peralatan untuk sekolah tahfiz. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -