Sambut baik pembinaan Pondok Moden Antarabangsa

Gambar sekadar hiasan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Chondong, Ustaz Azhar Salleh menyambut baik hasrat kerajaan negeri untuk membina Pondok Moden Antarabangsa dalam kawasannya.

Beliau berkata, perkara itu diumumkan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada pembentangan Belanjawan Negeri 2021 sempena persidangan Dun baru-baru ini di sini.

- Advertisement -

“Oleh itu sebuah tanah berhampiran Pusat Pemulihan Akhlak Machang atau Penjara Machang di Kampung Gelong Gajah dipilih untuk membina Pondok Moden Antarabangsa.

“Mengenai urusan tanah itu sudah selesai, 10 ekar anggaran keluasan kalau tidak sampai pun dekat-dekat, kos pembinaannya pula sebanyak RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan lama web peringkat sekolah di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Nik Rahimin Wan Hussin.

Kerajaan negeri sebelum ini memperuntukan RM14.75 juta dibawah projek pemberian kerajaan negeri, daripada jumlah itu sebanyak RM5 juta bagi membina Pondok Moden Antarabangsa.

Selain itu RM6.6 juta bagi Rumah Tadahan Rahmat di Kuala Krai, RM0.65 juta diperuntukan dibawah program bersepadu menangani gejala sosial dan RM2 juta bagi Taman Konservasi Raflesia di Lojing. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -