Kring! raih anugerah antarabangsa kedua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah filem animasi pendek berjudul ‘Kring!’ yang dihasilkan oleh anak tempatan berjaya meraih Anugerah Animasi Terbaik untuk Kanak-kanak di ReAnima Festivals, Norway, Selasa lalu.

Anugerah tersebut merupakan anugerah kedua peringkat antarabangsa yang dimenangi Brainy Bones Studio selepas berjaya melakar sejarah pertamanya di Anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem 4 Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 (FIFH) di Lyon, Perancis.

- Advertisement -

‘Kring!’ mengisahkan seorang guru bernama Suraya memainkan peranan membantu seorang murid yang mempunyai masalah disleksia.

Menurut Pengarah Urusan Brainy Bones, Hilmi Ismail, produksinya kini sedang bekerja keras untuk menghasilkan siri animasi Kring 26 episod yang berdurasi 11 minit setiap episod.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, berharap agar Kring mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat Malaysia dan juga antarabangsa, serta menjadi satu fenomena baru dalam negara. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -