Belanjawan Kedah 2021 lulus

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah melahirkan rasa syukur apabila Belanjawan Kedah 2021 diluluskan setelah lima hari dibahas hampir semua Adun.

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sokongan penyokong kerajaan dan pembangkang membolehkan anggaran belanjawan tersebut diluluskan.

- Advertisement -

“Semua teguran membina akan dibawa ke peringkat pelaksanaannya nanti,” kata beliau pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya juga, belanjawan itu merupakan yang pertama baginya sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, beliau berharap peruntukan kewangan yang disediakan tersebut diguna sebaik mungkin, amanah dan berbelanja mengikut peraturan.

“Saya mahu mengingatkan bahawa wang berkenaan adalah hak awam dan perlu diurus dengan baik supaya tidak menimbulkan kesukaran pada masa hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -