Bantuan khas Suri Cakna

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terdapat 40 juta peruntukan pembangunan khas bagi persediaan menghadapi pandemik Covid-19 pada tahun hadapan.

Peruntukan ini disediakan bertujuan mengurangkan bebanan rakyat yang terjejas sumber pendapatan di samping membangunkan ekonomi negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Asmak Husin berkata, dengan keadaan suasana semasa untuk menghidupkan ekonomi rakyat, suntikan terhadap pelancongan dan domestik juga amat diperlukan.

- Advertisement -

“Kerajaan memperuntukkan dana khas untuk pandemik Covid-19 dan khusus untuk wanita yang memberikan suntikan khas dana untuk usahawan wanita,” kata Asmak.

Tambahan pula, bantuan khas untuk suri rumah yang dipanggil Suri Cakna bertujuan untuk mengangkat dan meraikan suri rumah daripada peringkat atas hingga peringkat bawah.

Mengulas lanjut katanya, ketahanan ekonomi yang baik amat perlu diberi perhatian.

Malah, pentingnya usaha rakyat demi kebajikan yang sama adil untuk mewujudkan perpaduan yang harmoni.

Asmak berkata demikian dalam program Bicara Harakah yang dipancarkan secara langsung di Facebook Harakahdaily malam tadi. – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -