Alibaba Group mencipta jualan tertinggi RM303.8 bilion

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Alibaba Group mengaut bajet keuntungan sebanyak RM303.8 bilion dalam masa 24 jam di seluruh Malaysia pada 11 November lepas.

Penganalisis Ekonomi, Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata dalam konteks teknologi ketika pengajaran secara talian sangat memerlukan dalam kepakaran teknologi yang secara efisien.

- Advertisement -

“Kita tidak boleh berlawan dengan teknologi kerana ia merupakan perkara penting yang boleh menjadi tsunami kepada kita,” kata Dr. Anuar Shah.

Malah, teknologi memainkan peranan penting kerana terdapat 40 juta pengguna dan 400 ribu
penjual walaupun mereka tidak pernah berjumpa antara satu sama lain.

Ini terbukti jualan secara talian amat penting dalam penggunaan teknologi pada zaman era ini.

Begitu juga dalam aspek pengajaran yang kini menggunakan system pembelajaran di atas talian.

Dr. Anuar Shah berkata demikian dalam program Bicara Harakah atas tajuk Belanjawan 2021: Tersurat dan tersirat, yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakahdaily malam tadi.

Turut diundang menjadi ahli panel, Senator Asmak Husin – HARAKAHDAILY 19/11/2020

- Advertisement -