Produk kosmestik tidak berdaftar dirampas

- Advertisement -

KANGAR: Sebanyak 5,542 unit produk penjagaan kulit muka dirampas dan disita dalam operasi semalam kerana disyaki menggunakan cap dagangan tidak berdaftar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, operasi itu dijalankan setelah mendapat aduan daripada pemilik cap dagang berdaftar yang dimiliki artis popular tanah air.

Katanya, seramai lapan pegawai penguatkuasa bersama wakil pemilik cap dagangan menyertai operasi tersebut.

- Advertisement -

“Semasa serbuan tiga pekerja lelaki dan 13 pekerja wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan dan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun dipercayai tuan punya perniagaan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya juga, hasil siasatan awal mendapati perniagaan tersebut beroperasi kira-kira tiga tahun dan nilai rampasan dianggar berjumlah RM210,596. – HARAKAHDAILY 18/11/2020

- Advertisement -