Cukai: Kekal prinsip tidak ambil harta si miskin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan cukai baharu bagi menyuntik kembali ekonomi negara.

Bagaimanapun, katanya kajian mendalam mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan dan dilaksanakan.

- Advertisement -

Tambah beliau, cukai ini mestilah memenuhi prinsip asas iaitu tidak mengambil daripada harta orang miskin dan mengambil lebihan kekayaan daripada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan kekayaan tidak terusik serta dengan kadar yang bersesuaian.

“Pengenalan dengan prinsip ini perlu bagi memastikan kekayaan tadi dapat disuntik kembali ke dalam ekonomi dan menstabilkan pertambahan ekonomi negara.

“Di samping, dalam masa yang sama dapat menambah hasil kepada kerajaan itu sendiri,”ujarnya ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021, di Parlimen, hari ini. – HARAKAHDAILY 18/11/2020

- Advertisement -