Buka Kuala Semerak elak ikan diternak mati

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri bercadang membuka semula Kuala Semerak yang ditimbus pasir bagi menyelamatkan penternak ikan di laguna tersebut.

Bagi melaksanakan agenda itu peruntukan sebanyak RM12 juta akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi membina semula Kuala Semerak yang tertimbus.

Langkah terbabit bagi menyelamatkan lebih 50 penternak yang sering mengalami kerugian besar setiap tahun apabila ikan yang diternak mereka banyak yang mati.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi mengatasi pencemaran air di Laguna Semerak sehingga menyebabkan penternak ikan air tawar mengalami kerugian.

- Advertisement -

“Ini disebabkan air dari laguna itu tidak dapat keluar ke laut, manakala air laut pula tidak dapat memasuki kuala yang tertimbus mengakibatkan air terperangkap, tercemar dan kurang oksigen,“ katanya selepas menyampaikan bantuan 1,000 beg makanan ikan kepada 50 penternak di Semerak, hari ini.

Pencemaran itu berlaku setiap kali musim tengkujuh apabila air dari darat yang membawa pelbagai pencemaran toksid mengalir ke kawasan lagun. – HARAKAHDAILY 18/11/2020

- Advertisement -