Wujud ‘team’ ambil peranan urusan kendali jenazah

- Advertisement -

BENTONG: Muslimat PAS DUN Sabai telah memantapkan lagi kemahiran Team Pengendalian Jenazah menerusi pertemuan kali kedua kumpulan itu di PASTI Iqra’, Karak, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Perjumpaan tersebut dimanfaatkan dengan membentangkan ‘post-morterm‘ mengenai pengendalian jenazah yang dikendalikan di Kampung Jambu Rias minggu lalu ke arah menambahbaik khidmat diberikan.

Ketua Muslimat PAS Cawangan Karak Setia, Zarina Puteh berkata, semua anggota Team Pengendalian Jenazah tersebut mengambil sikap bersungguh-sungguh mempraktikkan urusan fardu kifayah itu.

Jelas beliau, usaha kumpulan itu penting bagi mengelak kekalutan dan kepanikan ketika mengendalikan urusan kematian terutama melibatkan jenazah muslimah kerana menyedari kurangnya pengendali.

Malah katanya, selain membantu pihak lain seperti jawatankuasa masjid yang biasanya menguruskan hal tersebut, kewujudan Team Pengendalian Jenazah itu dapat mendekatkan mereka dengan masyarakat.

Beliau dan anggota kumpulan itu sentiasa mahu memperbaiki sebarang kelemahan dalam melaksanakan urusan tersebut, selain memgingatkan bahawa gerak kerja itu dilakukan semata-mata kerana Allah.

“Pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah bahawa jika kita tolong agama Allah, maka Allah akan tolong kita. Walhal Allah tidak memerlukan pertolongan dari hamba-hamba-Nya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -