Tahniah DBKL

- Advertisement -

SAYA mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional khususnya buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka serta garis panduan yang baharu untuk penjualan minuman keras di Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

Dengan penguatkuasaan tersebut tidak bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan meminum minuman keras tetapi saya percaya ia lebih kepada usaha Kerajaan untuk mengawal penjualan minuman keras agar ia berada didalam lingkungan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Masyarakat bukan Islam masih lagi dibenarkan membeli minuman keras seperti biasa tetapi di premis-premis yang diberikan lesen oleh pihak berkuasa.

Langkah tersebut dirasakan bertepatan dengan keadaan semasa dimana Kerajaan berusaha untuk membendung penyalahgunaan penjualan minuman keras.

- Advertisement -

Harapan saya agar semua pihak mematuhi arahan mahupun garis panduan yang baharu ini kerana ia adalah untuk kebaikan kita semua dan meminta semua pihak agar tidak mempolitikkanya untuk kepentingan masing-masing.

Saya merasakan bahawa usaha ini wajar diberikan pujian dan berharap agar langkah ini dicontohi oleh negeri-negeri lain mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia juga adalah satu usaha yang selaras dengan dasar Kerajaan untuk mewujudkan budaya kehidupan yang sihat serta masyarakat yang bertamaddun dan bertanggungjawab.

Syukur ke hadrat Allah SWT, semoga rakyat dan bumi Malaysia akan terus dirahmati dan diberkati.

Muhammad Khalil Abdul Hadi,
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -