Kuarantin kendiri jika pulang ke Perlis

ARAU: Individu yang pulang ke Perlis dari negeri lain diminta mematuhi arahan kuarantin kendiri yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Perlis.

Adun Guar Sanji Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, langkah itu bagi mengelakkan sebarang risiko penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Advertisement

Katanya Perlis antara negeri yang tidak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Selain Kelantan dan Pahang, Perlis juga antara negeri yang masih belum dikuatkuasakan PKPB, justeru saya amat berharap agar status tersebut dapat sama-sama kita kekalkan demi kebaikan bersama.

“Saya berharap mana-mana rakyat negeri ini yang yang pulang dari luar negeri mematuhi arahan kuarantin seperti ditetapkan Jabatan Kesihatan Perlis,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/11/2020