KASA perkenal program Rumah Ibadat Hijau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Program Masjid Hijau kini sedang dalam perancangan untuk diperkembangkan ke seluruh negara.

Program berkenaan merupakan program induk Rumah Ibadat Hijau merangkumi gereja, tokong, kuil dan rumah-rumah ibadat lain.

- Advertisement -

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata, KASA bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) sedang memperhalusi mekanisme pelaksanaan yang lebih eksklusif dan mampan dengan memperkenalkan inisiatif Rumah Ibadat Hijau.

Inisiatif ini mengalakkan agensi, jabatan atau badan korporat memilih untuk bekerjasama dengan rumah ibadat pilihan dan memberi komitmen dalam bentuk sumbangan masa, tenaga dan kewangan dalam menjayakan objektif progam berkenaan.

Objektif utama program Rumah Ibadat Hijau sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau di kalangan ahli kariah
dan sebagai contoh bangunan komuniti yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon.

Mengulas lanjut KASA menekankan empat elemen hijau iaitu jimat pengunaan tenaga elektrik, jimat pengunaan air terutamanya ketika berwuduk di masjid dan surau, kurangkan penjanaan sisa dan uruskan sisa buangan dengan teratur serta mengalakkan pembelian dan penggunaan produk hijau.

Ulasan berkenaan dikemukakan KASA bagi menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman [PAS-Kuala Krai] yang meminta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan perkembangan program Masjid Hijau ketika sesi pertanyaan menteri-menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -