Dekati pengunjung pantai agar budayakan norma baharu

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: ADUN Beserah, Andansura Rabu bersama Pegawai Penerangan Daerah Kuantan, Zayana Mohd Isa telah menyantuni masyarakat setempat dengan turun ke Pantai Batu Hitam, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program Santai Minum Petang ini bertujuan beramah mesra dengan para penduduk setempat di samping mengedarkan risalah mengenai pandemik COVID-19 serta pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.

Dalam pada itu, pembentukan disiplin masyarakat terus digiatkan dengan kempen untuk membudayakan norma baharu dalam usaha mencegah penularan COVID-19 dengan mengamalkan langkah pembersihan.

Pihak Jabatan Penerangan Kuantan memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius usaha memberi pemahaman dan kefahaman kepada masyarakat untuk terus konsisten dan bekerjasama menangani wabak tersebut.

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang menasihati orang ramai para pengunjung dan peniaga di pantai itu untuk bersama mempraktikkan langkah pencegahan antaranya mematuhi prosedur operasi standard.

Beliau menyeru mengelak berada di tempat sesak, berkumpul di kawasan sempit atau tertutup, selain bersembang atau duduk berdekatan antara satu sama lain yang memungkinkan jangkitan atau penularan.

Rata-rata pengunjung pada program yang turut disertai Ketua Kampung Batu Hitam, Muhamad Amdan itu menyambut baik inisiatif tersebut dan bersetuju mengenai kepentingan membudayakan norma baharu. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -