Asma’ akhirnya bakal terima bola mata palsu

- Advertisement -

BENTONG: Bayi kepada pasangan muda, Khairul Fahmi Khairuddin, 25 dan Siti Nurazlin Anip, 26 iaitu Asma’ Nur Iman, 1 tahun 9 bulan, telah menjalani pembedahan bola mata kanan di Hospital Kuala Lumpur, 13 November lalu.

- Advertisement -

Kisah bayi yang pernah disiarkan HarakahDaily itu mengidap ‘Congenital Toxoplasmosis’ iaitu jangkitan kuman pada otak dan mata kanan hingga menyebabkan bola matanya tidak terbentuk sempurna dan buta sejak dalam rahim.

Namun, ketidakbolehupayaan yang menyebabkan Asma’ sukar menjalani kehidupan seperti bayi seusianya selama ini mungkin sedikit berubah apabila doktor mengesahkan bakal menerima bola mata palsu 24 Disember depan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong, Samsuddin Abdullah telah menziarahi pesakit strok di Kampung Lembah Jaya, Simpang Pelangai, di sini kelmarin dahulu.

Zul Azhar Che Kob, 40, seorang buruh kampung terlantar sejak sebulan lalu ditemani isteri, Nor Hayati M Amir dan dua anaknya itu telah menerima sedikit sumbangan disampaikan pihak PAS Bentong sempena lawatan itu.

Turut serta adalah Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN Pelangai, Jamali Raib bersama Ketua PAS Cawangan Simpang Pelangai dan Kampung Cemomoi, Khairuddin Mokhtar dan Izhar Ahmad. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -