108 pusat internet bantu pelajar di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Di Pahang terdapat Pusat Internet (PI) bagi membantu pelajar mengikuti pembelajaran dan menyiapkan tugasan akademik secara dalam talian melalui capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Menteri Besar Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, PI disediakan memandangkan kesukaran sebilangan besar pelajar luar bandar di Pahang mengikuti pengajian secara atas talian.

- Advertisement -

Katanya, terdapat 108 pusat internet komuniti disediakan Kementerian Komunikasi & Multimedia di seluruh negeri tersebut.

“Kementerian menyediakan perkhidmatan komputer dan talian internet untuk kegunaan pelajar.

“Pelajar yang mempunyai komputer riba sendiri boleh menggunakan khidmat Wifi yang disediakan di tempat tersebut. Pusat Internet turut menyediakan perkhidmatan mencetak, laminating, menjilid dan juga pengimbasan dokumen,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya juga pusat-pusat internet tersebut akan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan bagi memastikan keselamatan pelajar. – HARAKAHDAILY 17/11/2020

- Advertisement -