PAS sambut baik gabungan besar politik

Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: PAS menyambut baik cadangan gabungan besar politik seperti dicadang Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, cadangan itu cukup baik demi kepentingan negara dan rakyat.

“Pada pandangan saya ia satu cadangan yang baik. Pertama kalau dari segi politik untuk perkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

“Kedua untuk kebaikan negara dan kepentingan rakyat yang lebih utama,” katanya kepada media ketika di temui pada program Wacana Memartabatkan Legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Annuar supaya pembentukan gabungan politik besar (grand coalition) membabitkan parti-parti politik yang menolak Pakatan Harapan (PH).

Katanya, sudah terlalu lama politik negara berlegar di sekeliling dua tiga personaliti bagi mempertahan atau menentang individu tertentu. – HARAKAHDAILY 16/11/2020