PAS Pahang kehilangan seorang aktivitis disenangi ramai

- Advertisement -

BADAN Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP) merakamkan ucapan Takziah di atas pemergian Allahyarham ke alam yang kekal abadi kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Muzir Bin Samsudin.

Beliau Merupakan Timbalan Pengarah 2, Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Pahang dan Pengarah Dewan Negeri Ketari (JPrD Ketari).

Allahyarham dilahirkan pada 04 Julai 1972 dan telah berkelana diatas dunia sementara ini selama 48 tahun.

Telah dipanggil mengadap Sang Pencipta pada hari ini 16 November 2020 (Isnin). Beliau juga merupakan seorang yang sangat komited dan istiqomah di dalam jemaah Parti Islam Semalaysia (PAS) di peringkat Negeri Pahang, Kawasan Bentong dan cawangan.

- Advertisement -

Allahyarham juga banyak berkecimpung dengan aktiviti sosial kemasyarakatan bersama NGO UMMAH Negeri Pahang, Cakne Rakyat Bentong, Abrar Care Malaysia (ACM) serta sangat disenangi ramai.Seorang yang sentiasa pemurah untuk mengukirkan senyuman.

Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Maghrib tadi akibat kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari tempat kerjanya di lebuhraya arah KL -Karak.

PAS Negeri Pahang merafak doa kehadrat Allah SWT agar Allah SWT mengampuni akan segala dosanya, semoga segala amal kebajikannya akan memberatkan neraca timbangannya di akhirat kelak, serta ditempatkan bersama.para solehin di syurga Allah SWT.

Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang. – HARAKAHDAILY 16/11/2020

- Advertisement -