Kawasan bebas berniaga diperluas ke PBT lain

Foto Fb MB Kedah
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kawasan Bebas Berniaga akan diperluaskan ke lain-lain Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) selepas seminggu perlaksanaan di lima PBT yang dimaklumkan sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terdapat permintaan dari pihak PBT lain agar ia diperkembangkan untuk memberi peluang kepada penduduk daerah terbabit.

- Advertisement -

“Lima daerah PBT yang dimaklumkan bermula pada 15 November dan kita tunggu perkembangannya selama seminggu, selepas itu kita akan buka daerah PBT lain,” ujar beliau pada sidang media pada hari kedua Persidangan Dun di Wisma Darul Aman hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap sesiapa yang berminat dapat membuat persediaan manakala peniaga makanan disaran mendapatkan suntikan typhoid terlebih dahulu di hospital kerajaan atau klinik swasta.

Selain itu Muhammad Sanusi yang juga Adun Jeneri menasihati peniaga menjalankan perniagaan yang bersesuaian, menjaga kebersihan, tidak menghalang lalu lintas serta memastikan barangan perniagaan dikemaskan semula sebelum pulang. – HARAKAHDAILY 16/11/2020

- Advertisement -