Pupuk kebersamaan, hargai barisan hadapan

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang diketuai oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan atas kesungguhan dalam menguruskan pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab.

- Advertisement -

Wabak yang melanda negara sepanjang tempoh sepuluh bulan ini diurus dengan berkesan sehingga Malaysia menjadi antara rujukan di peringkat antarabangsa. Malaysia turut mendapat tempat ke-11 dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Sedunia.

Kini negara sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19 yang menunjukkan peningkatan kes berlipat kali ganda berbanding awal tahun dahulu. Namun, kita pasti mampu melandaikan lekuk jangkitan pandemik melalui pengalaman mengurus dan persediaan kelengkapan yang lebih rapi.

Justeru, PAS menyeru semua pihak tidak melakukan sebarang cemuhan dan tohmahan atas sedikit kelemahan barisan hadapan yang berjuang untuk negara.

Teruskan berjuang memerangi COVID-19, sesungguhnya hanya Allah yang mampu mengganjari atas segala usaha yang dilakukan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 November 2020 | 29 Rabiul Awwal 1442 – HARAKAHDAILY 15/11/2020

- Advertisement -