Adun digesa angkat suara rakyat

- Advertisement -

ALOR SETAR: Sidang Bajet Kedah 2021 yang akan berlangsung pada 15 sehingga 19 November ini dijangka mampu memberi fokus merealisasikan kerangka Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ustaz Ahmad Yahaya, dalam kenyataannya berkata, bajet itu juga tentunya juga akan memberi perhatian kepada pembangunan rakyat sejajar dengan tema Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

- Advertisement -

“Saya mengharapkan semua yang terlibat dapat mengambil kesempatan dalam perbahasan kali ini bagi mengangkat suara rakyat dengan lebih efisyen dan bernas.

“Gunakan ruang yang diberi bagi melontar idea, pandangan, cadangan dan kritikan membina agar nasib rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Ustaz Ahmad mengingatkan semua berdasarkan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW agar setiap pemimpin menjaga tanggungjawab hak yang dipimpin kerana semua perkara itu akan disoal Allah SWT di akhirat nanti.

Walau bagaimana pun beliau yakin dengan kerjasama erat dan tanggungjawab memainkan peranan masing-masing, Kedah bakal muncul antara negeri yang menjadi tumpuan dalam pelbagai bidang berdasarkan kerangka Pelan Pembangunan Kedah 2035. – HARAKAHDAILY 14/11/2020

- Advertisement -