Pekebun sayur di Lojing perlu patuhi peraturan

Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing Kelantan, Yusof Abdul Rahman
- Advertisement -

KOTA BHARU : Persatuan Pengusaha Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing Kelantan meminta lebih 200 pemilik dan pekebun sayur mematuhi garis panduan penanaman sayur.

Pengerusinya, Salahuddin Che Hussein berkata, kerajaan sudah menetapkan peraturan bagi memastikan penjagaan alam sekitar dan kebersihan sungai terpelihara.

Katanya persatuan itu yang ditubuhkan bagi membela dan membantu ahli supaya dapat mengeluarkan hasil terbaik selain membantu menjaga kebajikan penduduk di kawasan tanah tinggi Lojing.

- Advertisement -

“Selepas ini kita akan buat program dalam bentuk perjumpaan supaya memberi kesedaran kepada ahli kita supaya mementingkan penjagaan alam sekitar.

“Dengan kita selalu buat perbincangan kelompok ahli persatuan dari situ wakil mereka akan sentiasa memberi peringatan supaya selalu menjaga alam sekitar,” katanya di sini.

Turut hadir pada pertemuan itu Timbalan Pengerusi NGO terbabit, Yusof Abdul Rahman dan bendahari, Mohd Rahimi Ibrahim.

Dalam pada itu Yusof berkata, pertanian di tanah tinggi mempunyai risiko yang sangat besar kepada sistem aliran sungai dan ekosistem alam sekitar. – HARAKAHDAILY 13/11/2020

- Advertisement -