Polis siasat kesahihan pameran artifak

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kesahihan pameran artifak Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat yang dianjurkan di Madrasah Ribat AL-Mustafa, Pulai Chondong.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, polis menerima dua aduan mengenainya yang dibuat di luar Kelantan.

- Advertisement -

Katanya, laporan itu mahu polis membuat siasatan tentang kesahihan artifak itu sama ada benar atau sebaliknya.

“Siasatan dibuka di bawah Seksyen 465 atau 471 Kanun Keseksaan (KK) yang juga disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekatan jalan raya di Kampung Pacakan di sini, semalam.

Pada Selasa lepas, Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh berkata, pihaknya khuatir aktiviti yang dianjurkan boleh mengelirukan masyarakat Islam mengenai sejarah Nabi Muhammad.

Antara lain artifak yang dipamerkan berkaitan rambut, janggut, darah, peluh dan tongkat di mana kesahihannya belum disahkan pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -