Peniaga pasar lama ditawar tapak sementara

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Seramai 40 bekas peniaga Pasar Lama Pasir Puteh yang hilang mata pencarian selepas pasar itu diroboh ditawar berniaga di tapak sementara.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Abd Pattah Hasbullah berkata, lokasi berkenaan terletak di Mukim Wakaf Lichong, Gaal.

Katanya lokasi berkenaan sekarang dalam proses penyediaan tapak.

“Lokasi itu terletak kira-kira lima kilometer dari Pasar Besar Siti Hajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra media di Rumah Ketua Jajahan di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pada bulan lepas, seramai 100 peniaga yang menjalankan perniagaan di pasar lama hilang mata pencarian selepas pasar itu dirobohkan untuk dibina projek komersial di tapak tersebut.

Abd Pattah yang juga Ketua Jajahan Pasir Puteh berkata, lokasi itu berpotensi untuk menarik pelanggan memandangkan ia menjadi laluan utama dari Terengganu dan Pahang ke destinasi negeri sebelah utara.

Oleh itu, beliau berharap peniaga terbabit dapat menerima tawaran tersebut. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -