Pemuda PAS-Umno terima sumbangan Ustaz Khalil

- Advertisement -

LARUT: ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya telah menyampaikan sumbangan berupa pam penembak air kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian bagi Parlimen Larut.

- Advertisement -

Menurut Ustaz Khalil yang juga Timbalan Speaker DUN Perak, pemberian ini sebagai galakan kepada kedua-dua sayap parti untuk turun padang membantu mangsa banjir ketika dilanda musibah berkaitan.

“Ini sebagai langkah persediakan bagi menangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di kawasan Kubu Gajah khususnya pada musim tengkujuh,” ujar beliau.

Sumbangan diterima Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Ahmad Fadhil Muhammad dan wakil Ketua Pemuda Umno Larut, Khairul Anuar Din ketika penyampaian alatan itu sempena Kejohanan Badminton Tertutup Kampung Masjid Ijok, di sini baru-baru ini.

Sempena penyampaian itu juga, sumbangan berupa tiga komputer riba turut diterima oleh Ustaz Ahmad Fadhil untuk kegunaan PASTI Kawasan Larut. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -