PBT wujud kawasan bebas berniaga

Muhammad Sanusi menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Alor Madi, Anak Bukit , petang semalam
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Kerajaan negeri mewujudkan kawasan bebas berniaga yang dikhususkan kepada peniaga statik dan kecil-kecilan di beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka yang berminat boleh memohon permit sementara dengan bayaran RM10 sebulan.

Katanya, bayaran hendak dibuat dengan PBT di kawasan masing-masing mulai 15 November ini,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Alor Madi, Anak Bukit hari ini.

Kebakaran itu berlaku petang semalam.

- Advertisement -

Menurutnya juga, kawasan PBT yang terlibat iaitu Bandaraya Alor Setar, Sungai Petani, Langkawi, Kulim dan Kubang Pasu.

Oleh itu katanya peniaga boleh merujuk PBT berkenaan untuk mengenal pasti lokasi yang dibolehkan dijalankan aktiviti perniagaan. – HARAKAHADAILY 12/11/2020

- Advertisement -