Mustahil bajet mampu penuhi kehendak semua

- Advertisement -

KANGAR: Adalah sesuatu yang mustahil bajet yang dikemukakan kerajaan setiap tahun mampu memuas hati semua pihak.

Mursyidul AM PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, belanjawan yang dibentang kerajaan diakui bukan sesuatu yang sempurna dan lengkap.

Bagaimanapun katanya matlamat dan tujuan belanjawan memperuntukkan dana bagi membantu rakyat.

- Advertisement -

“Lebih penting lagi apa sahaja perkara yang dibuat jangan bercangggah dengan syariat. Atas prinsip itu sesuatu bajet itu boleh dianggap sebagai berjaya.

“Keutamaan diberi kerajaan kepada mereka yang lebih berhak dalam suasana pandemik Covid-19 sekarang,” katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Baru-baru ini ada parlimen termasuk pembangkang memberitahu akan menyokong Bajet 2021 dengan bersyarat. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -