Moratorium automatik bagi golongan B40

KOTA BHARU: Langkah kerajaan melanjutkan moratorium dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dianggap tepat pada masanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohd Ariff Abdullah berkata, ramai rakyat terjejas berikutan pandemik Covid 19 yang melanda sekarang.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir di seluruh negara memberi kesan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Advertisement

“Pada hemat kami rakyat yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 serta berpendapatan sederhana perlu kepada moratorium dan pengeluaran wang KWSP,” katanya di sini.

Beliau juga mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium dan KWSP bersasar ini secara automatik kepada kumpulan B40 dan diberi pilihan golongan M40. – HARAKAHDAILY 12/11/2020