DAP cakap tak serupa bikin – Ustaz Idris

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP yang kononnya lantang memperjuangkan keadilan dan mengakui berintegriti serta berfikiran terbuka hanyalah sebaliknya.

DAP diibarat Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad bagaikan ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’ iaitu hanya tahu bercakap besar sedangkan parti sendiri melarat.

- Advertisement -

“Ke mana perginya suara lantang pimpinan DAP yang sebelum ini lantang mengkritik tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mengapa kini hanya diam membisu.

“Sekarang ini mana cybertrooper yang menjadi pertahanan kepada puak-puak DAP yang selama ini begitu lantang mengkritik?” soal Ustaz Idris.

Beliau dihubungi Harakahdaily bagi mengulas isu Adun Ketari, Young Syefura Othman yang dipercayai melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Young Syefura dipercayai berkelah secara berkumpulan tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial di lokasi berhampiran dengan Avani Sepang Goldcoast Resort, dipercayai di Pantai Bagan Lalang.

Tindakan itu dikesan selepas Young Syefura memuat naik sembilan keping gambar di Instagram sebelum bertindak memadam gambar selepas dikecam teruk oleh netizen.

Young Syefura antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang dikatakan sengaja melanggar arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Turki.

“Sepanjang tempoh 22 bulan parti DAP memerintah, telah menjawab dakwaan yang hampir 50 tahun sebelum ini DAP mahu wujud sebagai sebuah parti yang akan memberi keadilan, tidak akan menghancurkan hak orang Melayu serta akan menjaga sensitiviti orang Islam.

“(Namun) hari ini jelas telah terjawab dakwaan berkenaan terang-terang songsang sama sekali,” kata Ustaz Idris yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang. – HARAKAHDAILY 12/11/2020

- Advertisement -