Pemuda PAS Selangor lancar Ops Air Untuk Rakyat

- Advertisement -

SEJURUS pengumuman Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memulakan henti tugas ke atas Loji Rawatan Air LRA Fasa 1,2,3 dan Rantau berikutan pencemaran air dalam sungai Selangor, Pemuda PAS Selangor mula melancarkan ‘Ops Air Untuk Rakyat’ bagi membantu meringankan beban rakyat dalam usaha mendapatkan sumber air mentah di 1,279 kawasan yang akan terjejas dengan krisis pencemaran air pada kali ini. 

‘Ops Air Untuk Rakyat’ yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Amal Malaysia Selangor akan memberi tumpuan kepada operasi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk yang terjejas.

Bilik operasi bagi kawasan-kawasan terlibat akan dimula aktifkan mengikut kawasan Parlimen dan diurus Jabatan Amal Kawasan-kawasan.

- Advertisement -

Seramai 500 anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor seluruh negeri akan digerakkan dalam operasi kali yang melibatkan kawasan Parlimen yang terjejas antaranya kawasan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Pandan, Gombak dan Selayang. 

Mesyuarat khas Jabatan Amal semalam membincangkan penyelarasan tugasan dan pelancaran ‘Ops Air Untuk Rakyat’ yang akan bermula serta-merta. 

Segala info berkaitan Operasi insyaAllah akan disalurkan dalam Page FB Rasmi Jabatan Amal Malaysia Selangor dan Page FB Rasmi Dewan Pemuda PAS Selangor. 

Pihak Dewan Pemuda PAS mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari pelbagai pihak untuk disalurkan kepada rakyat khususnya air mentah dan bersih

Sekadar ini dahulu kami Pemuda PAS Selangor mampu berusaha membantu rakyat yang terlibat dalam krisis air pada kali ini.

HANAFI ZULKAPLI 
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 11/11/2020

- Advertisement -