Ketika tiada PKP pun rakyat jumpa Adun

Gambar sekadar ilustrasi - Foto UKMB
- Advertisement -

KOTA BHARU: Langkah Kelantan menaikan elaun wakil rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri dilihat wajar ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Banyak pihak yang ditemui menganggap langkah kerajaan Kelantan sedikit sebanyak dapat membantu Adun yang sering berdepan dengan masalah kewangan bagi membantu rakyat.

- Advertisement -

Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Kelantan, Ustaz Hafiz Mahmud berkata, usaha kerajaan negeri menaikkan elaun tersebut wajar dalam situasi sekarang.

Katanya kerajaan negeri menyedari rakyat di kampung menjadikan wakil rakyat sebagai tempat mengadu termasuk ketika berdepan masalah kewangan.

Ustaz Hafiz Mahmud

“Dengan jumlah elaun sebelum ini yang dianggap agak kecil berbanding Adun di negeri lain maka wajar elaun wakil rakyat di Kelantan dinaikkan.

“Ketika tiada PKP pun rakyat sering berjumpa dengan wakil rakyat untuk mendapatkan bantuan, apatah ketika kita sedang berhadapan PKPB sekarang,” katanya di sini.

Pada Isnin lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang bagi menaikkan elaun anggota pentadbiran dan Adun supaya selaras dengan negeri-negeri lain.

Pengerusi Majlis Penghulu Mukim Kenali, Rajhan Ab Manaf berkata, langkah kerajaan Kelantan menaikkan elaun wakil rakyat tidak wajar dinilai dari aspek negatif semata-mata.

Katanya tugas wakil rakyat begitu mencabar sekarang di mana boleh dikatakan hampir setiap hari mereka turun padang menghulur sumbangan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 11/11/2020

- Advertisement -