KBS mahu kerajaan benarkan perlawanan Piala Malaysia di zon hijau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan harapan agar kerajaan membenarkan perlawanan bola sepak piala Malaysia diteruskan bagi negeri yang zon hijau.

Menterinya, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi yang terpaksa ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

- Advertisement -

“Secara peribadi selaku Menteri Belia dan Sukan, saya masih berharap supaya tujuh perlawanan ini dapat di teruskan di negeri-negeri yang dianggap sebagai hijau.

“Namun kita akur kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan melihat bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat jauh lebih penting, di samping juga kesediaan dua negeri untuk memberi kebenaran,” katanya ketika sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [PAS-Bachok] yang meminta penjelesan mengenai tahap keupayaan semasa pasukan-pasukan dalam mendepani pandemik Covid-19.

Jelas Reezal Merican lagi, KBS akan mengemukakan rayuan sekiranya berlaku penurunan kes Covid-19.

“Apapun, KBS akan mengemukakan rayuan demi rayuan bila mana ada penurunan kes Covid-19 bagi memastikan sukan bola sepak yang diminati oleh rakyat ini tetap mendapat tempat di negara kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/11/2020

- Advertisement -