Belanjawan 2021 bantu usahawan wanita

- Advertisement -

KANGAR: Belanjawan 2021 tidak mengecualikan golongan wanita apabila usahawan wanita turut dibantu melalui pembiayaan mikro kredit khas.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis Ustazah Latifah Mat berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM95 juta melalui pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui Tekun, Mara dan AgroBank.

- Advertisement -

Katanya peruntukan mampu memperkasa usahawan wanita ketika ekonomi agak suram berikutan pandemik Covid-19.

“Selain itu sebanyak RM50 juta juga disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

“Program bimbingan berkaitan aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe,” katanya ketika dihubungi di sini. – HARAKAHDAILY 11/11/2020

- Advertisement -