32 kenderaan diarah berpatah balik

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Sebahagian besar daripada 32 kenderaan dari negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah berpatah balik ketika cuba merentas sempadan Kelantan.

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, jumlah kenderaan yang diarah berpatah balik itu dalam tempoh tiga hari sejak PKPB dikuatkuasakan.

Katanya kenderaan tersebut dinaiki 96 orang termasuk anggota keluarga.

“Manakala jumlah kompaun yang dikenakan terhadap mereka yang engkar pula ialah sebanyak 1,244 orang.

“Mereka memberi pelbagai alasan termasuk mahu pulang menziarahi keluarga sakit, kematian, kenduri namun apabila polis membuat semakan susulan, tiada kes seperti didakwa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sekatan jalan raya di Kampung Pacakan di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Kelantan, Perlis dan Pahang diletakkan di bawah kategori Perintah Kawalan Pergerakn Pemulihan (PKPP).

Shafien berkata, polis akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang engkar tanpa alasan yang kukuh.

Selain itu memperketatkan kawalan melalui empat pintu masuk ke Kelantan iaitu dua di Pasir Puteh, masing-masing satu di Gua Musang dan Jeli. – HARAKAHDAILY 11/11/2020

- Advertisement -