Keperluan harian diagih sempena Deepavali

ALOR SETAR: Sebanyak 1,000 pek barangan keperluan harian diagih kerajaan negeri Kedah kepada masyarakat India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sumbangan itu bagi membantu mengurangkan beban masyarakat India terutama dalam suasana pandemik Covid-19 sekarang.

Advertisement

“Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada masyarakat India sempena sambutan Deepavali,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Wisma Darul Aman semalam.

Dalam majlis terbabit menteri besar menyampaikan sumbangan wang tunai dan bungkusan makanan tradisional kaum India kepada 10 penerima dari Dun Anak Bukit.

Sementara itu seorang penerima N Sailajah berkata, beliau sangat berbesar hati di atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan kaum India terutama ketika menghadapi pandemik sekarang. – HARAKAHDAILY 10/11/2020