RM7 juta struktur jawatan guru Yik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Usaha kerajaan Kelantan memperkasakan sektor pendidikan bukan hanya melibatkan pengurusan sekolah, sebaliknya kebajikan guru-guru turut diutamakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM7 juta bagi tujuan itu tahun depan.

- Advertisement -

Katanya, peruntukan tersebut termasuk emolumen ekoran penstrukturan semula guru-guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) dengan kewujudan hanya dua kategori guru Yik iaitu sandaran dan tetap mulai tahun 2021.

“Peruntukan itu membabitkan separuh daripada 2,600 guru Yik. Manakala seramai 713 guru berelaun akan ditukar kepada guru sandaran mulai 2021.

“Penstrukturan itu memberi implikasi kewangan sebanyak RM4.3 juta setahun,” katanya pada hari terakhir persidangan Dun Kelantan hari ini.

Menurutnya juga peruntukan berkenaan disenarai pada Belanjawan Kelantan 2021 yang dianggap bajet terbesar setakat ini.

“Kita bersyukur dengan perkembangan tersebut yang menggambarkan kebajikan guru-guru Yik tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/11/2020

- Advertisement -