Belanjawan 2021 berani menongkah arus

- Advertisement -

ALOR SETAR: Belanjawan 2021 Kerajaan Persekutuan yang dibentang Jumaat lepas dianggap satu tindakan berani dan bersifat menongkah arus.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya berkata dalam suasana negara menghadapi pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi, bajet negara tidak menguncup malah memberi keselesaan terhadap rakyat.

- Advertisement -

Katanya, bajet 2021 mampu meletakkan tiga teras sasarannya dan tidak seperti yang berlaku di negara lain apabila ekonomi menurun mendorong belanjawan jadi menguncup.

“Berbeza dengan Malaysia, walaupun menghadapi penurunan ekonomi namun bajetnya besar dan memenuhi keperluan negara,” katanya di sini.

Menurutnya juga PAS Kedah merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan berikutan belanjawan 2021 dilihat memberi impak yang baik kepada pembangunan di Kedah. – HARAKAHDAILY 8/11/2020

- Advertisement -