PKPB: Penguatkuasaan seluruh Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Terengganu akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 di seluruh Negeri Terengganu.

Menurut Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, tindakan itu susulan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi berhubung pelaksanaan PKPB di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang.

Justeru itu, beliau menasihatkan rakyatnya agar terus mematuhi arahan dan mengikuti perkembangan terkini daripada kerajaan negeri dan MKN.

- Advertisement -

Tambah beliau, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan arahan sedia ada pihak MKN seperti yang diumumkan, namun akan dikemaskini berdasarkan situasi semasa, ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut petang tadi. – HARAKAHDAILY 7/11/2020

- Advertisement -