Komuniti India disantuni menjelang Deepavali

- Advertisement -

LUMUT: Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 8, Hamidun Ahmad telah mengadakan program Ziarah di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK), di sini pagi semalam.

- Advertisement -

Ziarah ini hanya mensasarkan komuniti masyarakat India yang tinggal di sii bagi meraikan mereka yang bakal menyambut Hari Deepavali pada minggu hadapan.

Pada program ini, beliau menyerahkan bantuan barangan keperluan asasi seperti beras, gula, garam dan tepung di mana seramai 30 penduduk kaum India menerima sumbangan tersebut.

Ketua Komuniti India KDSK, Asso Munusamy menyatakan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada Ahli Majlis Perbandaran yang mewakili PAS Kawasan Lumut itu.

Katanya, kesudian turun padang dan mengagihkan bantuan kepada penduduk di sini walaupun tidak banyak, tetapi sedikit sebanyak membantu keperluan mereka.

“Buang pemikiran serta tanggapan negatif terhadap PAS. Bantuan ini diberikan supaya komuniti India di KDSK tidak rasa terpinggir dan tersisih daripada masyarakat lain,” ujar Hamidun kepada para penerima bantuan.

Turut hadir dalam program ini Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 9, Rosli Abd Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Lumut serta para petugas. – HARAKAHDAILY 7/11/2020

- Advertisement -