Khabar gembira rakyat dan MOSTI

Datuk Ahmad Amzad Hashim
- Advertisement -

BAJET 2021 yang dibentangkan semalam adalah satu khabar gembira buat rakyat dan MOSTI secara khususnya. MOSTI sebagai antara barisan hadapan dalam mendepani cabaran digital dan wabak COVID-19 telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak hampir RM38 juta berbanding Bajet 2020 (2021: RM935.4j, 2020: RM897.6j)

Daripada jumlah tersebut, RM425.2j adalah bagi perbelanjaan pembangunan yang akan memberi manfaat besar kepada kelestarian inovasi syarikat syarikat start-up dan teknologi dalam negara. Ini termasuk RM20 juta masing-masing untuk program pembangunan perusahaan sosial dan program pembudayaan sains di peringkat komuniti.

Malah keseriusan kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 terbukti melalui peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi pembangunan dan bekalan vaksin wabak tersebut – jumlah sama yang telah dipohon oleh Menteri MOSTI YB Khairy Jamaluddin kepada PM dan Menteri Kewangan pada awal bulan lepas

- Advertisement -

Secara keseluruhan bagi rakyat, saya melihat bahawa kerajaan telah berusaha dalam segenap segi untuk meringankan beban rakyat dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara

Kebenaran bersasar pengeluaran KWSP, moratorium untuk individu layak, subsidi buat majikan yang terkesan, program pekerjaan semula, bantuan tunai (BPR) yang diperluas serta kewujudan semula bantuan bagi nelayan, petani, penoreh getah ,peladang adalah antara highlight yang akan memberi sinar kepada rakyat terbanyak.

Saya mengucapkan tahniah kepada YBM Tengku Zafrul atas bajet yang komprehensif. Menjunjung kasih di atas titah Tuanku YDPA juga, saya percaya bajet ini akan mendapat sokongan daripada ahli-ahli Yang Berhormat agar pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan

Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri MOSTI
Ahli Parlimen Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 7/11/2020

- Advertisement -