Belanjawan 2021 adalah belanjawan inklusif

- Advertisement -

PEMBENTANGAN Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam merupakan Belanjawan bersifat inklusif yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Dengan kos RM332.5 billion, Belanjawan 2021 menjadi Belanjawan terbesar dalam sejarah negara.

- Advertisement -

Dewan Ulamak PAS Selangor mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan PN di atas usaha memastikan tiada golongan yang tercicir dari menerima manfaat daripada Belanjawan 2021 termasuk warga emas dan OKU.

Bantuan one off RM500 kepada anggota barisan hadapan negara adalah satu usaha yang wajar dipuji untuk menghargai pengorbanan mereka membendung penularan Covid-19.

Begitu juga dengan kenaikan elaun guru takmir sebanyak RM100 dan pemberian RM500 kepada Imam, Siak, Bilal, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA yang selama ini menjadi penggerak komuniti di peringkat kariah.

Pengenalan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga dilihat lebih bersasar dan memanfaatkan keluarga – keluarga miskin yang mempunyai anak-anak untuk ditanggung di peringkat sekolah.

Faedah hutang peneroka Felda dihapuskan, elaun sara hidup nelayan dinaikkan RM50, pembiayaan PKS dan PKD Mikro Bumiputra serta penyediaan program-program reskilling dan upskilling untuk anak muda juga merupakan usaha yang wajar dipuji.

Justeru itu, Dewan Ulamak PAS Selangor ingin menyokong sepenuhnya Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan dan berharap penyampainya dapat direalisasikan dengan baik dan mencapai objektif Belanjawan 2021.

Mohammad Ibrahim@ Ustaz Mad China
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Selangor. – HARAKAHDAILY 7/11/2021

- Advertisement -