Tiga matlamat Belanjawan 2021

Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi pembentangan Belanjawan 2021
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 akan dirangka berdasarkan tiga perkara iaitu Kesejahteraan Rakyat; Kelangsungan Perniagaan; dan Ketahanan Ekonomi di bawah strategi ke-5 6R, Revitalize.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kesemua matlamat tersebut merupakan kesinambungan kepada pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

Menurutnya, selain daripada pendekatan yang lebih bersasar, Kerajaan akan mengimbangi kemampanan kewangan Kerajaan, keseimbangan pembangunan antara wilayah dan bandar, serta mengangkat nilai-nilai murni membentuk ekonomi yang kita idamkan melalui Belanjawan 2021.

- Advertisement -

Tambah beliau, dalam Belanjawan 2021, buat pertama kali siri jelajah dan sesi konsultasi ke seluruh negara telah dilaksanakan merentasi 14 buah negeri dengan lebih 38 sesi dialog melibatkan lebih 40 bidang perniagaan dan perusahaan.

Selain itu, kata Tengku Zafrul, Kementerian Kewangan juga telah mengadakan sesi libat urus bersama kepimpinan Kementerian Kerajaan Persekutuan, kepimpinan Kerajaan Negeri, captains of industry, ahli-ahli akademik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin parti politik dan pelbagai lapisan rakyat Malaysia dari belia, wanita, ibu bapa hingga warga emas.

Justeru itu, beliau merakamkan jutaan perhargaan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa dan mengemukakan idea serta cadangan dalam Belanjawan 2021, ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 6/11/2020

- Advertisement -