RM50 juta peruntukan tangani masalah sampah di sungai

KUALA LUMPUR: Demi memelihara khazanah alam, sebanyak RM50 juta diperuntukan bagi menangani isu sampah dan sisa pepejal yang terperangkap di sungai, ianya juga merupakan sebagai langkah meneruskan pemulihan alam sekitar.

Demikian, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi Pembentangan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun, sebanyak RM40 juta diperuntukan bagi mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan pemantauan kualiti alam sekitar, antaranya mewujudkan 30 stesen pemantauan di seluruh negara.

Selain itu, sebanyak RM10 juta turut disediakan bagi melaksanakan projek Integrated Island Waste Management sekitar pulau di Johor dan Terengganu untuk mengurangkan kesan kemusnahan terumbu karang dan hidupan marin.

Advertisement

Katanya, program berkenaan melibatkan kolaborasi pihak United Nations Development Programme (UNDP) Kerajaan Negeri dan sektor swasta.

Disamping itu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan di bawah pemberian Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) kepada semua Kerajaan Negeri daripada RM350 juta kepada RM400 juta.

Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak sejumlah RM700 juta diperuntukan bagi tujuan aktiviti Ecological Fiscal Transfer sebagai insentif tambahan kepada kerajaan negeri untuk menjamin kelastarian biodiversiti negara.

Sementara itu katanya, program SAVE 2.0 turut diperkenalkan iaitu dengan pemberian e-Rebate RM200 ringgit kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan dan sejumlah RM30 juta disediakan bagi program berkenaan yang akan memberi manfaat sebanyak 140 ribu isi rumah.

Disamping itu, bagi mengawal biodiversiti kawasan hutan dan pemburuan haram, kerajaan akan memperkasakan program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti dengan pengambilan lebih 500 bekas Tentera, Polis serta Orang Asli untuk menjalankan aktiviti rondaan dan sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan bagi tujuan itu. – HARAKAHDAILY 6/11/2020